Tuesday 22 March 2011

Hukum Bersahabat Antara Lelaki Dan Wanita..

Ini adalah satu artikel menarik yang saya terbaca dari internet baru-baru ini. Saya rasa ada kebaikkannya juga kalau saya edit dan kongsikan disini.

Soalan yang dibicarakan;

"Salam disini saya ada kemusykilan tentang hukum sekiranya bersahabat atau berkawan dengan ajnabi.Apakah hukum sebenar bagi konteks ini?"

"Saya ada sedikit cerita yang ingin dikongsikan. Maklumat ini diberi oleh kawan lelaki saya. Dia memberitahu saya apabila dia pulang dari Yaman. Dia mengatakan bahawa dia mengetahui satu pendapat dari alim ulama' iaitu daripada Prof. Syed Najib Asybiti yang berpendapat HARAM hukumnya bagi seorang lelaki dan perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat kahwin walaupun untuk tujuan belajar. Jadi,sejak itu kami tidak berkawan lagi. Maka,adakah benar hukumnya begitu?"

"Diharap sudi untuk menjawab persoalan ini dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih".

Wassalam..


Penjelasan secara ringkas;

Fatawa alQardhawi:

Pendapat dari ulama Yaman itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas. Ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal (Women's lib) yang berlawanan dengan fatwa Yaman itu,yakni menyeru wanita meninggalkan syari'at dan lepas bebas seperti kaum wanita di Barat.

Pokoknya,kedua-dua golongan ini; golongan pertama,mereka yang terlalu mengongkong wanita,memenjara dan seakan menzalimi kaum wanita. Manakala golongan kedua pula,liberalis yang membebaskan wanita semaksimanya dan menyebabkan berlakunya keruntuhan moral yang sangat dahsyat sehingga sudah tidak dapat dikawal lagi.

Islam merupakan agama yang sempurna dan tidak membebankan. Wanita sejak zaman permulaan Islam tidak lepas BEBAS dan tidak pula hanya terpenjara di rumah mereka sahaja. Bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dalam suasana terkawal) contohnya: ke masjid untuk solat berjama'ah fardhu lima waktu,juma'at dan Hari Raya.

Wanita juga keluar melakukan dakwah,amar makruf dan nahi mungkar,menghadiri majlis ilmu,menyertai perang jihad,mencari rezeki atau berkerjaya,berpolitik,mendapatkan hiburan yg baik,menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yang membawa manfa'at. Inilah maksud firman Allah ta'ala:

"dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan itu,setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain,mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar."

(Surah at-Taubah:ayat-71)

Dalam konteks ini,tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa' atau pertemuan untuk bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: seperti menuntut ilmu,menjalankan program-program kebajikan dan jihad.

Perincian Dr. Abdul Halim Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi);

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yang menepati syari'at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi),namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yang ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yang mencurigakan
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus buat wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yang manja dan menggoda
4. tidak memakai wangian
5. serius dalam berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir alMar'ah,Darul Qolam,Kuwait,1990) amat panjang sekali bukunya yang membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan disini diringkaskan sahaja. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.

** Dr Abdul Halim Abu Syuqqah meninggal pada tahun 1995. Beliau adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ Qatar. Sekian

0 comments:

Post a Comment

Berita Harian Online

Utusan Malaysia Online

 

{ Laman Pilihan Hati }

{ Laman Jauharah }

{ Laman Tazkirah }

{ Laman Hidayah Islam }

{ Laman Remaja Islam }

{ Laman Rujukan Hati }

{ Laman Terkini }

{ Laman Tazkiyyah }

{ Laman Pengetahuan }

{ Laman Mahasiswa}