Tuesday 29 March 2011

Ukhuwah Islamiyah

Hadis Ke-13 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abu Hamzah, Anas bin malik ra.menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Read more...

Sibukkan Diri dengan Sesuatu yang Bermanfaat

Hadis Ke-12 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda:

“Diantara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya” (Hadits hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)
Read more...

Mengambil yang Diyakini dan Meninggalkan yang Meragukan

Hadis Ke-11 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra., cucu kesayangan Rasulullah SAW berkata. Aku telah hafal sabda Rasulullah SAW:

“Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan kerjakan perkara yang tidak meragukanmu,” (Riwayat Tarmidzi dan Nasa’i, Tirmidzi berkata, “Ini adalah hadits hasan shahih”)
Read more...

Monday 28 March 2011

Baik dan Halal adalah Syarat Diterimanya Doa

Hadis Ke-10 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang beriman itu segala apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah berfirman:

"Wahai para Rasul, makanlah kalian dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh". (Al-Mukminun: ayat 51)

Allah juga berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman makanlah kalian dari makanan yang baik-baik yang kami rezekikan kepada kalian". (Al-Baqarah: ayat 172).

Lalu Rasulullah menceritakan tentang seorang lelaki yang menempuh perjalanan jauh, hingga rambutnya kusut dan kotor. Ia lalu mengadahkan kedua tangannya ke langit (seraya berdoa), "Ya Rabb, ya Rabb," sedangkan makanan (yang dimakan)nya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan ia kenyang dengan barang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” (Riwayat Muslim) 
Read more...

Memilih yang Mudah dan Meninggalkan yang Susah

Hadis Ke-9 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhr ra. berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Apa yang aku larang untuk kamu semua, maka tinggalkanlah dan apa yang aku perintahkan kepada kamu semua maka laksanakan sesuai dengan kemampuan kamu. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan terhadap para Nabi mereka.” (h.r. Bukhari dan Muslim)
Read more...

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut al Quran dan Sains

Penulis: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

Firman Allah SWT:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”. ( An-Nur: ayat 2 )

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam iaitu keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.

2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Persoalan: Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi jenis penzina adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini. 


HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam. Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal) dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan. Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang?

Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan.

sekian..

Read more...

Sunday 27 March 2011

13 Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali

( Artikel adalah yang saya petik dari internet. Setelah saya baca, saya rasa baik juga kalau saya masukkan didalam blog saya sebagai hadiah buat beberapa sahabat saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Timur Tengah ini. Tapi sebenarnya ianya juga sebagai simpanan saya supaya saya dapat membaca semula 'Wasiat' ini setelah saya menemui teman seperjuangan hidup saya nanti. InsyaAllah! )

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiat Rasulullah kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali! namun sebaiknya kita sebagai seorang muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali bin Abi Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku":

1. Wahai Ali! Takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali! Janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali! sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku, jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali! Takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali! Peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali! Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali! Janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali! Takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali! Sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali! Janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali! Perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali! Apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali! perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali! Peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah!

Tambahan:

Wasiat diatas tidak direkod dalam kitab-kitab hadis Ahli Sunnah, samada secara sahih ataupun dhaif, -setakat pencarian kami-.

Tetapi ia masyhur di dalam sumber-sumber Syiah, dan tersebar luas dalam laman-laman web mereka.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


Read more...

Haramnya Darah Seorang Muslim

Hadis Ke-8 (Arba’in An-Nawawiyah)

Ibnu Umar ra. menerangkan bahawa Rasulullah saw. bersabda :

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mahu bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, dan membayar zakat. Apabila mereka telah melakukan itu maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali ada haq (hukum) Islam, dan hisab mereka terserah kepada Allah swt.” (h.r. Bukhari dan Muslim)
Read more...

Agama adalah nasihat

Hadis Ke-7 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dariy ra. menerangkan bahawa Nabi saw. bersabda;

“Agama itu nasihat.” Kami bertanya, “Bagi siapa?” Beliau bersabda; “Bagi Allah, Kitab-kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi kaum Muslimin pada umumnya.” (h.r. Muslimin).
Read more...

Saturday 26 March 2011

Halal Haram Dan Syubhat

Hadis Ke-6 (Arba’in An-Nawawiyah)

Abu Abdillah Nu’man bin Basyir ra. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

“Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. Sedangkan diantaranya ada masalah yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukum)-nya. Barangsiapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samar-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti penggembala yang berada berdekat pagar (milik orang lain); dikhawatirkan ia akan masuk kedalamnya.

Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah, bahawa pagar Allah adalah larangan-larangan-Nya. Ketahuilah, bahawa didalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan jika ia rosak, maka rusaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Read more...

Menolak Kemungkaran dan Bid’ah


Hadis Ke-5 (Arba’in An-Nawawiyah)

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, ‘Aisyah ra. berkata, Rasulullah saw. telah bersabda;

“Barangsiapa yang membuat-buat perkara baru dalam urusan (ibadah) yang tidak ada dasar hukumnya maka ia tertolak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits riwayat Muslim, Rasulullah bersabda;

“Barangsiapa melakukan amalan, yang tidak didasari perintah kami, maka ia tertolak.”

Read more...

10 Nasihat Imam As-Syafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kepada diri:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Hak kepada malaikat maut:
Mengqadakan kewajipan2 yang tertinggal,mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

Hak kepada kubur:
Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Hak kepada Munkar dan Nakir:
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kepada neraca timbangan al-Mizan:
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kepada titian Siratal Mustaqim:
Membuang tabiat suka mengumpat. Warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka):
Menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Hak kepada Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga):
Merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Hak kepada Nabi MUhammad SAW:
Berselawat keatasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

Hak kepada ALLAH s.w.t:
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sekian..

Read more...

Wednesday 23 March 2011

Dahsyatnya Ujian Wanita dan Dunia III

Godaan Dunia dan Harta (sambungan dari part ke-2)

Penulis: Al-Ustadz Abul Abbas Muhammad Ihsan

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهُ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia itu manis (rasanya) dan hijau (menyenangkan dilihat). Dan sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menggantikan sebahagian kalian dengan sebahagian yang lain di dalamnya, maka Dia akan melihat bagaimana kalian beramal dengan dunia tersebut. Oleh kerana itu, takutlah kalian terhadap godaan dunia (yang menggelincirkan kalian dari jalan-Nya) dan takutlah kalian dari godaan wanita, kerana ujian yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah godaan wanita.” (HR. Muslim dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu)

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً، وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ

“Sesungguhnya setiap umat itu akan dihadapkan dengan ujian (yang terbesar). Dan termasuk ujian yang terbesar yang menimpa umatku adalah harta.” (HR. At-Tirmidzi dari ‘Iyadh bin Himar radhiyallahu ‘anhu)

Harta dan dunia bukanlah kayu ukur seseorang itu dimuliakan atau dihinakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebagaimana firman-Nya:

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ. وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

"Adapun manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: 'tuhanku telah memuliakanku.' Adapun bila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: 'tuhanku menghinakanku'.” (Al-Fajr: 15-16)

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullahu berkata: “Maksud ayat-ayat tersebut adalah tidak setiap orang yang Aku (Allah Subhanahu wa Ta’ala) beri kedudukan dan limpahan nikmat di dunia berarti Aku limpahkan keredhaan-Ku kepadanya. Hal itu hanyalah sebuah ujian dan cobaan dari-Ku untuknya. Dan tidaklah setiap orang yang Aku sempitkan rezekinya, Aku beri sekadar keperluan hidupnya tanpa ada kelebihan, berarti Aku menghinakannya. Namun Aku menguji hamba-Ku dengan kenikmatan-kenikmatan sebagaimana Aku mengujinya dengan berbagai musibah.” (Ijtima’ul Juyusy, hal. 9)
Sehingga, dunia dan harta mampu menyebabkan pemiliknya selamat serta mulia didunia dan akhirat, apabila dia mendapatkannya dengan cara yang diperbolehkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dia juga mensyukurinya serta menunaikan hak-haknya sehingga tidak diperhambakan oleh dunia dan harta tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ: رَجُلٌ آتَاهُ اللهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

“Tidak boleh berhasad kecuali kepada dua golongan: Orang yang Allah Subhanahu wa Ta’ala karuniakan harta kepadanya lalu dia infakkan di jalan yang benar, serta orang yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kurniakan ilmu kepadanya lalu dia menunaikan dengannya (mengamalkannya) dan mengajarkannya.” (Muttafaqun ‘alaih dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu)


Dan demikianlah keadaan para sahabat dahulu. Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menceritakan: Beberapa orang sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

يَا رَسُولَ اللهِ، ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ، يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ

“Wahai Rasulullah, orang-orang kaya telah mendahului kami untuk mendapatkan pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka juga berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Namun mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” (HR. Muslim)

Sebaliknya, orang yang tertipu dengan harta dan dunia sehingga dia diperhambakan olehnya, dia akan celaka dan binasa di dunia mahupun di akhirat. Na’udzu billah min dzalik (Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal tersebut). Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memperingatkan tentang hakikat harta dan dunia itu dalam firman-Nya:

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran: 185)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا الْفَقْرُ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا فَتُهْلِكُكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ

“Bukanlah kefakiran yang aku khawatirkan atas kalian. Namun aku khawatir akan dibentangkan dunia kepada kalian sebagaimana telah dibentangkan kepada orang-orang sebelum kalian, lalu kalian berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana orang-orang yang sebelum kalian, maka dunia itu akan membinasakan kalian sebagaimana dia telah membinasakan orang-orang yang sebelum kalian.” (Muttafaqun ‘alaih dari ‘Amr bin ‘Auf radhiyallahu ‘anhu)

تَعِسَ عَبْدُ الدِّيْنَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ وَالْخَمِيصَةِ، إِنْ أُعْطِيَ رَضِي وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

“Celaka hamba dinar, dirham, qathifah, dan khamishah (keduanya adalah jenis pakaian). Bila dia diberi maka dia redha. Namun bila tidak diberi dia tidak redha.” (HR. Al-Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Allah Subhanahu wa Ta’ala menceritakan kejahatan orang yang berilmu dan ahli ibadah dari kalangan ahli kitab yang telah diperhambakan oleh harta dan dunia dalam firman-Nya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللهِ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah.” (At-Taubah: 34)


Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullahu menerangkan dalam tafsirnya: “Yang dimaksud ayat tersebut adalah peringatan dari para ulama su’ (orang yang berilmu tapi jahat) dan ahli ibadah yang sesat. Sebagaimana ucapan Suyfan ibnu Uyainah rahimahullahu: ‘Barangsiapa yang jahat dari kalangan orang yang berilmu diantara kita, bererti ada keserupaan dengan para pemuka Yahudi. Sedangkan barangsiapa yang sesat dari kalangan ahli ibadah kita, bererti ada keserupaan dengan para pendeta Nasrani. Di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits yang shahih: 


"Sungguh-sungguh ada di antara kalian perbuatan-perbuatan generasi sebelum kalian. Seperti bulu anak panah menyerupai bulu anak panah lainnya.’ Para sahabat g bertanya: ‘Apakah mereka orang Yahudi dan Nasrani?’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Siapa lagi?’

Dalam riwayat yang lain mereka bertanya: ‘Apakah mereka Persia dan Romawi?’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Siapa lagi kalau bukan mereka?’
Kesimpulannya adalah peringatan dari tasyabbuh (menyerupai) ucapan mahupun perbuatan mereka. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللهِ

“(Mereka) benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah.” (At-Taubah: 34)

Hal itu kerana mereka memakan harta orang lain dengan berselindung disebalik agama. Mereka mendapat keuntungan dan kedudukan di sisi umat, sebagaimana para pendeta Yahudi dan Nasrani mendapatkan hal-hal tersebut dari umatnya di masa jahiliah. Hingga ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus Rasul-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka pun tetap berkeras diatas kejahatan, kesesatan, kekafiran, dan permusuhannya, disebabkan kepentingan mereka terhadap kedudukan tersebut. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala memadamkan kesesatan itu dengan cahaya kenabian sekaligus menggantikan kedudukan mereka degan kehinaan serta kerendahan. Dan mereka akan kembali menghadap Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan membawa kemurkaan-Nya.”

Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam hafizhahullah berkata: “Sungguh, kepentingan terhadap dunia termasuk sebab yang menimbulkan berbagai macam fitnah pada generasi pertama. Telah terdapat riwayat yang shahih dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, dalam Masa’il Al-Imam Ahmad (2/171), bahwa beliau radhiyallahu ‘anhuma berkata: Seorang dari Anshar datang kepadaku pada masa khalifah Utsman radhiyallahu ‘anhu. Dia berbicara denganku. Tiba-tiba dia menyuruhku untuk mencela Utsman radhiyallahu ‘anhu. Maka aku katakan: ‘Sungguh, demi Allah, kita tidak mengetahui bahawa Utsman membunuh seseorang tanpa alasan yang benar. Dia juga tidak pernah melakukan dosa besar (zina) sedikitpun. Namun inti masalahnya adalah harta. Apabila dia memberikan harta tersebut kepadamu, nescaya engkau akan redha. Sedangkan bila dia memberikan harta kepada saudara/kerabatnya, maka kalian marah.”

Selanjutnya, Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam hafizhahullah berkata: “Bila kalian arahkan pandangan ke tengah-tengah kaum muslimin, baik di zaman yang telah lalu mahupun sekarang, niscaya engkau akan saksikan kebanyakan orang yang tergelincir dari jalan ini (al-haq) adalah karena tamak terhadap dunia dan kedudukan. Maka barangsiapa yang membuka pintu ini untuk dirinya niscaya dia akan berbolak-balik. Berubah-ubah prinsip agamanya dan akan menganggap remeh/ringan urusan agamanya. (Bidayatul Inhiraf, hal. 141)

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullahu berkata: “Setiap orang dari kalangan orang yang berilmu yang lebih memilih dunia dan bercita-cita untuk mendapatkannya, pasti dia akan berdusta atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam fatwanya, dalam hukum yang dia tetapkan, berita-berita yang dia sebarkan, serta pandangan-pandangan yang dia nyatakan. Kerana hukum-hukum Allah Subhanahu wa Ta’ala kebanyakkannya menyalahi keinginan manusia. Lebih-lebih keinginan orang yang tamak terhadap kedudukan dan orang yang diperhambakan hawa nafsunya. keinginan mereka tidak akan mampu mereka dapatkan dengan sempurna kecuali dengan menyalahi kebenaran dan sering menolaknya. Apabila seorang yang berilmu atau hakim berkeinginan terhadap jawatan dan mempertuhankan hawa nafsunya, maka keinginan tersebut tidak akan dia dapatkan dengan sempurna kecuali dengan menolak kebenaran…

Mereka pasti akan membuat dan mereka-reka perkara yang baru dalam agama, disertai kejahatan-kejahatan dalam bermuamalah. Maka terkumpullah pada diri mereka dua perkara tersebut (kedustaan dan kejahatan).

Benarlah, mengikuti hawa nafsu itu akan membutakan hati, sehingga tidak lagi bisa membezakan antara sunnah dengan bid’ah. Bahkan bisa terbalik, dia akan melihat yang bid’ah sebagai sunnah dan yang sunnah sebagai bid’ah. Inilah penyakit para ulama bila mereka lebih memilih dunia dan diperhambakan oleh hawa nafsunya.” (Al-Fawaid, hal 243-244)

اللَهُّمَ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan kurniakanlah kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kebatilan itu sebagai kebatilan dan kurniakanlah kami untuk menjauhinya.” Wallahu ‘alam bish-shawab.

Read more...

Dahsyatnya Ujian Wanita dan Dunia II

Fitnah dan Godaan Wanita (sambungan dari part pertama)

Penulis: Al-Ustadz Abul Abbas Muhammad Ihsan

Betapa ramai pemuda hari ini yang menyimpang dari jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana tewas dengan godaan wanita. Betapa banyak pula seorang suami terjatuh dalam berbagai kezaliman dan kemaksiatan disebabkan isterinya. Sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala memperingatkan hamba-hamba-Nya yang beriman dengan firman-Nya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka.” (At-Taghabun: 14)

Al-Imam Mujahid rahimahullahu berkata: “Yakni akan menyeret orang tua atau suaminya untuk memutuskan tali silaturahim atau berbuat maksiat kepada Rabbnya, maka kerana kecintaan kepadanya, suami atau orangtuanya tidak bisa kecuali menaatinya (anak atau istri tersebut).”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ مَا فِي الضِّلْعِ أَعْلَاهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ

“Berniat dan berbuat baiklah kalian kepada para wanita. Kerana seorang wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, dan sesungguhnya rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka apabila kamu berusaha dengan keras meluruskannya, niscaya kamu akan mematahkannya. Sedangkan bila kamu membiarkannya niscaya akan tetap bengkok. Maka berwasiatlah kalian kepada para isteri (dengan wasiat yang baik).” (Muttafaqun ‘alaih dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنََ النِّسَاءِ

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma)

Al-Mubarakfuri rahimahullahu berkata: “(Sebab berbahayanya fitnah wanita bagi lelaki) adalah kerana kebiasaan tabiat seorang lelaki adalah sangat mencintai wanita. Bahkan banyak terjadi perkara yang haram (zina, perselingkuhan, berpacaran, dan pemerkosaan, yang disebabkan [daya tarik] wanita). Bahkan banyak pula terjadi permusuhan dan peperangan disebabkan wanita. Jadi logiknya, wanita atau isteri mampu menyebabkan seorang suami atau seorang lelaki tewas terhadap dunia. Maka ujian apalagi yang lebih dahsyat darinya?

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyerupakan godaan wanita itu seperti syaitan, sebagaimana dalam hadits Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang wanita. Kemudian beliau mendatangi Zainab isterinya, yang waktu itu sedang menyamak kulit haiwan. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menunaikan hajatnya (menggaulinya dalam menunaikan syahwatnya kerana melihat wanita tadi). Setelah itu, beliau keluar menuju para sahabat dan bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ، فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ

“Sesungguhnya wanita itu datang dalam bentuk syaitan dan berlalu dalam bentuk syaitan pula. Apabila salah seorang kalian melihat seorang wanita (dan bangkit syahwatnya) maka hendaknya dia mendatangi isterinya (menggaulinya), kerana hal itu akan mengembalikan apa yang ada pada dirinya (meredakan syahwatnya).” (HR. Muslim)


Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu berkata dalam Syarah Shahih Muslim (8/187): “Para ulama mengatakan, makna hadits itu adalah bahawa penampilan wanita membangkitkan syahwat dan mengajak kepada fitnah. Karena Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan adanya kecenderungan atau kecintaan kepada wanita dalam hati para lelaki, merasa nikmat melihat kecantikannya berikut segala sesuatu yang terkait dengannya. Sehingga seorang wanita ada iras keserupaan dengan syaitan dalam hal mengajak kepada kejelekan atau kemaksiatan melalui was-was serta ditampakkan bagus dan indahnya kemaksiatan itu kepadanya.

Dapat diambil pula faedah hukum dari hadits ini bahawa sebaiknya seorang wanita tidak keluar dari rumahnya dan berada diantara lelaki, kecuali kerana sebuah keperluan (darurat) yang mengharuskan dia keluar.

Oleh karena itulah, Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang segala sesuatu yang akan menyebabkan hamba-hamba-Nya terfitnah dengan wanita, seperti memandang, berkhalwat (berduaan dengan wanita yang bukan mahram), ikhtilath (campur-baur lelaki dan perempuan yang bukan mahram). Bahkan mendengarkan suara wanita yang bisa membangkitkan syahwat pun dilarang. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuatkan. (An-Nur: 30)

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al-Ahzab: 32)

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَا يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

“Janganlah salah seorang kalian berduaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْأَنْصَارِ: أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ؟ قَالَ: الْحَمْوُ الْمَوْتُ

“Jauhi oleh kalian masuk kepada para wanita.” Seorang lelaki Anshar bertanya: “Bagaimana pendapat anda tentang ipar?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ipar itu bererti kebinasaan (banyak terjadi zina antara seorang lelaki dengan iparnya).” (Muttafaqun ‘alaih)

Agar hamba-hamba-Nya selamat dari godaan wanita, Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk menikah dengan wanita solehah, yang akan saling membantu dengan dirinya untuk menyempurnakan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ

“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman.” (Al-Baqarah: 221)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: karena hartanya, kebaikan nasabnya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang bagus agamanya, niscaya engkau akan beruntung.” (Muttafaqun ‘alaih dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Read more...

Dahsyatnya Ujian Wanita dan Dunia

Penulis: Al-Ustadz Abul Abbas Muhammad Ihsan

Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan kekuasaan dan hikmah-Nya yang sempurna menjadikan dunia serta perhiasannya yang fana ini sebagai medan ujian dan cobaan. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Al-Mulk: 2)

الم. أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-’Ankabut: 1-2)

Selanjutnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan rahmat-Nya memberitahukan kepada hamba-hamba-Nya hikmah dihadapkannya mereka kepada berbagai ujian dan cubaan itu. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-’Ankabut: 3)

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu menyatakan dalam tafsirnya: “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengabarkan tentang hikmah-Nya yang sempurna. Dimana sifat hikmah-Nya mengharuskan setiap orang yang mengaku beriman tidak akan dibiarkan begitu saja dengan pengakuannya. Pasti dia akan dihadapkan pada berbagai ujian dan cubaan. Bila tidak demikian, tiada perbezakan antara orang yang benar dan jujur dengan orang yang dusta. Tiada perbezakan pula antara orang yang berbuat kebenaran dengan orang yang berbuat kebatilan. Sudah merupakan ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dia menguji (manusia) dengan kelapangan dan kesempitan, kemudahan dan kesulitan, kesenangan dan kesedihan, serta kekayaan dan kemiskinan.”

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullahu menyatakan dalam tafsirnya: “(Dapat dibezakan) orang-orang yang benar dalam pengakuannya dari orang-orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya. Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala Maha mengetahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi, dan yang akan terjadi. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengetahui cara terjadinya sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah prinsip yang telah disepakati (ijma’) oleh para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.” Allah Subhanahu wa Ta’ala bahkan telah mengabarkan:

وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

“Dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Rabbmu Maha melihat.” (Al-Furqan: 20)


Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullahu menerangkan maksud ayat di atas dalam tafsirnya: “Seorang rasul adalah ujian bagi umatnya, yang akan memisahkan orang-orang yang taat dengan orang-orang yang durhaka terhadap rasul tersebut. Maka Kami jadikan para rasul sebagai ujian dan cubaan untuk mendakwahi kaum mereka. Seorang yang kaya adalah ujian bagi yang miskin. Demikian pula sebaliknya. Orang miskin adalah ujian bagi orang kaya. Semua jenis tingkatan makhluk (merupakan ujian dan cubaan bagi yang sebaliknya) di dunia ini. Dunia yang fana ini adalah medan yang penuh ujian dan cubaan.”

Dari penjelasan Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullahu di atas, kita dapatkan faedah bahawa: seorang isteri adalah ujian bagi suaminya, anak adalah ujian bagi kedua orang tuanya, pembantu adalah ujian bagi tuannya, tetangga adalah ujian bagi tetangga yang lainnya, rakyat adalah ujian bagi pemerintahnya, dan sebagainya. Begitu pula sebaliknya.

Selanjutnya, Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di rahimahullahu menerangkan: “Tujuannya adalah apakah kita mahu bersabar, kemudian menjalankan semua perkara yang diwajibkan atas kita, sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membalas amalan kebaikan kita. Ataupun adakah kita tidak mahu bersabar yang dengan sebab itu kita berhak mendapat kemurkaan (Allah Subhanahu wa Ta’ala) dan siksaan?! Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali ‘Imran: 14)


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman bahawa kecintaan terhadap kenikmatan dan kesenangan dunia akan kelihatan indah dan menarik di mata manusia. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menyebutkan hal-hal ini secara khusus kerana hal-hal tersebut adalah ujian yang paling dahsyat, sedangkan hal-hal lain hanyalah mengikuti. Maka, tatkala hal-hal ini kelihatan indah dan menarik kepada mereka, disertai faktor-faktor yang menguatkannya, maka jiwa-jiwa mereka akan bergantung dengannya. Hati-hati mereka akan cenderung kepadanya.” (Taisir Al-Karimirrahman, hal. 124)


p/s: Bersambung ke part ke-2 (Fitnah dan Godaan Wanita)

Read more...

Tuesday 22 March 2011

Hukum Bersahabat Antara Lelaki Dan Wanita..

Ini adalah satu artikel menarik yang saya terbaca dari internet baru-baru ini. Saya rasa ada kebaikkannya juga kalau saya edit dan kongsikan disini.

Soalan yang dibicarakan;

"Salam disini saya ada kemusykilan tentang hukum sekiranya bersahabat atau berkawan dengan ajnabi.Apakah hukum sebenar bagi konteks ini?"

"Saya ada sedikit cerita yang ingin dikongsikan. Maklumat ini diberi oleh kawan lelaki saya. Dia memberitahu saya apabila dia pulang dari Yaman. Dia mengatakan bahawa dia mengetahui satu pendapat dari alim ulama' iaitu daripada Prof. Syed Najib Asybiti yang berpendapat HARAM hukumnya bagi seorang lelaki dan perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat kahwin walaupun untuk tujuan belajar. Jadi,sejak itu kami tidak berkawan lagi. Maka,adakah benar hukumnya begitu?"

"Diharap sudi untuk menjawab persoalan ini dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih".

Wassalam..


Penjelasan secara ringkas;

Fatawa alQardhawi:

Pendapat dari ulama Yaman itu termasuk pendapat yg keras yang tidak berpijak kepada nas. Ia banyak menzalimi wanita dengan pelbagai fatwa yg keras dan ketat hingga wanita terpenjara di rumah-rumah mereka.

Ada juga di sana pendapat kaum Liberal (Women's lib) yang berlawanan dengan fatwa Yaman itu,yakni menyeru wanita meninggalkan syari'at dan lepas bebas seperti kaum wanita di Barat.

Pokoknya,kedua-dua golongan ini; golongan pertama,mereka yang terlalu mengongkong wanita,memenjara dan seakan menzalimi kaum wanita. Manakala golongan kedua pula,liberalis yang membebaskan wanita semaksimanya dan menyebabkan berlakunya keruntuhan moral yang sangat dahsyat sehingga sudah tidak dapat dikawal lagi.

Islam merupakan agama yang sempurna dan tidak membebankan. Wanita sejak zaman permulaan Islam tidak lepas BEBAS dan tidak pula hanya terpenjara di rumah mereka sahaja. Bahkan mereka aktif keluar bersama kaum lelaki (dalam suasana terkawal) contohnya: ke masjid untuk solat berjama'ah fardhu lima waktu,juma'at dan Hari Raya.

Wanita juga keluar melakukan dakwah,amar makruf dan nahi mungkar,menghadiri majlis ilmu,menyertai perang jihad,mencari rezeki atau berkerjaya,berpolitik,mendapatkan hiburan yg baik,menghadiri perayaan dan menyertai perkumpulan yang membawa manfa'at. Inilah maksud firman Allah ta'ala:

"dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan itu,setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain,mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar."

(Surah at-Taubah:ayat-71)

Dalam konteks ini,tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa' atau pertemuan untuk bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: seperti menuntut ilmu,menjalankan program-program kebajikan dan jihad.

Perincian Dr. Abdul Halim Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi);

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yang menepati syari'at (jilbab)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi),namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yang ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yang mencurigakan
9. menjauhi perbuatan dosa

Etika khusus buat wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yang manja dan menggoda
4. tidak memakai wangian
5. serius dalam berbicara

Syarah Dr Abdul Halim* (Tahriir alMar'ah,Darul Qolam,Kuwait,1990) amat panjang sekali bukunya yang membicarakan perihal etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam dalam bentuk rincian setebal 548 mukasurat dan disini diringkaskan sahaja. Juga Fatwa Dr Qardhawi setebal 22 halaman.

** Dr Abdul Halim Abu Syuqqah meninggal pada tahun 1995. Beliau adalah sahabat karib Dr Qardhawi di univ Qatar. Sekian

Read more...

Thursday 3 March 2011

Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

Sebagaimana kita ketahui dalam sejarah, sebelum Islam masuk ke Jazirah Arab, di daerah tersebut sudah muncul berbagai kebudayaan yang telah dipelopori oleh orang-orang arab jahiliah. Sebelum datang agama Islam, mereka telah mempunyai berbagai macam kepercayaan, adat istiadat dan peraturan-peraturan hidup. Agama baru ini pun datang membawa akhlak, hukum-hukum dan peraturan-peraturan hidup. Jadi agama baru ini datang kepada bangsa yang bukan bangsa baru. Maka bertemulah agama Islam dengan agama-agama jahiliah, peraturan-peraturan Islam dengan peraturan-peraturan bangsa Arab sebelum Islam.

Agama Dan Kepercayaan

Bangsa Arab adalah salah satu dari bangsa-bangsa yang telah mendapat petunjuk. Mereka mengikuti agama Nabi Ibrahim, setelah Nabi Ibrahim melarikan diri dari kaumnya yang hendak membakarnya dengan api, kerana beliau mengingkari dan melawan dewa-dewa yang mereka agungkan. Tetapi setelah mengikuti agama Nabi Ibrahim,mereka kembali lagi menyembah berhala. Berhala itu mereka buat dari batu dan ditegakkan di Ka’bah. Dengan demikian bercampuraduklah agama Nabi Ibrahim dengan kepercayaan watsani (penyembah berhala), dan hampir-hampir kepercayaan watsani itu dapat mengalahkan agama Nabi Ibrahim, atau benar-benar agama Nabi Ibrahim telah kalah oleh kepercayaan watsani.

Pada dasarnya bangsa Arab pra-Islam telah percaya kepada Allah SWT sebagai pencipta. Hal itu dapat dibuktikan dari keterangan yang dijelaskan oleh Allah didalam surah Luqman, ayat 25. Firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka; "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah." Katakanlah: "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."

Dan juga keterangan yang terdapat dalam surah al-Ankabut, ayat 63. Firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)."

Masyarakat Arab pada waktu itu terpecah menjadi dua kelompok.Pertama, adalah mereka yang masih taat dalam ajaran agama tauhid, terutama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di Jazirah Arab. Mereka inilah yang disebut sebagai penganut agama hanif sebagaimana yang telah diterangkan pada surah Ali Imran, ayat 67.

"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik." Yang dimaksud lurus disini bererti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah SWT) dan jauh dari kesesatan.

Kedua, adalah mereka yang melakukan penyimpangan-penyimpangan terhadap agama tauhid dengan menyekutukan Allah SWT. Sebagaimana keterangan dalam surah al-Zumar, ayat ke-3.

"Ingatlah,hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya."Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar."

Mereka menyekutukan Allah SWT dengan menyembah patung dan berhala. Mereka berkata; "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya." Dan kelompok kedua inilah sebagai kelompok yang banyak pengikutnya pada waktu itu.

Dari Agama Nabi Ibrahim Ke Kepercayaan Watsani

Ibnu Ishaq berkata bahawa orang yang pertama kali mengubah agama Nabi Ismail AS dan beralih menyembah berhala adalah 'Amr bin Luhai. Hal itu sebagaimana keterangan dari Rasulullah SAW ketika berkata kepada Uktsum bin al-Jaun al-Khuza'i. Bersabda Rasulullah SAW;

"Wahai Uktsum, Aku melihat 'Amr bin Luhai menarik tongkatnya di neraka. Aku tidak melihat seorang lelaki yang lebih mirip dengannya daripada kamu." Uktsum berkata: "Apakah kemiripanku dengannya dapat membahayakanku wahai Rasulullah?" Maka Rasulullah bersabda: "Tidak, engkau mukmin, sedangkan dia kafir. Dia adalah orang yang pertama kali mengubah agama Nabi Ismail AS, kemudian membangunkan berhala."

Ibnu Hisyam berkata bahawa 'Amr bin Luhai pada suatu hari keluar dari Makkah menuju Syam. Ketika sampai di kota Ma'ab yang termasuk dalam kawasan Balqa' yang dikuasai oleh kaum Amaliq (mereka adalah keturunan 'Imlaq atau yang dikenal dengan sebutan 'Imliq bin Lawud bin Sam bin Nuh), ia melihat penduduk 'Amaliq menyembah berhala. Kemudian ia berkata kepada mereka: "Berhala apa yang kalian sembah?" Mereka berkata: "Berhala-berhala yang kami sembah inilah, ketika kami meminta hujan, maka dia memberi kami hujan dan ketika kami meminta pertolongan kepada mereka, maka mereka menolong kami." Lalu 'Amr bin Luhai berkata kepada

mereka: "Adakah kalian boleh memberi aku satu berhala di antara mereka, agar aku bisa melanjutkan perjalannku ke tanah Arab, agar orang-orang menyembah berhala?" Kemudian mereka memberi 'Amr bin Luhai satu berhala yang bernama Hubal. Ketika ia sampai di Makkah, ia memasang berhala itu dan memerintah orang- orang untuk menyembah dan mengagungkannya.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan bangsa Arab akhirnya menyembah berhala dan batu diantaranya ialah ketika mereka meninggalkan kota Makkah, mereka selalu membawa sebuah batu. Mereka mengambil batu-batu yang ada di sekitar Ka’bah, dengan maksud untuk menghormati Ka'bah itu, dan untuk memperlihatkan cinta mereka terhadap kota Makkah. Kemudian ketika mereka telah menetap di suatu wilayah tertentu mereka meletakkan batu-batu itu kemudian melakukan thawaf mengelilingi batu-batu itu seperti ketika mereka mengelilingi Ka'bah. Dengan demikian jelaslah sudah betapa agama Nabi Ibrahim telah bercampuraduk dengan kepecayaan Watsani.


Berhala-Berhala Yang Disembah Orang-Orang Arab.

Di antara berhala-berhala terpenting yang disembah oleh bangsa Arab, ialah:

Hubal;

Hubal ini diperbuat dari batu akik berwarna merah, berbentuk manusia. Iaitu dewa mereka yang terbesar. Dia diletakkan di Ka’bah. Menurut Ibnu Ishaq, Hubal adalah berhala yang diambil orang-orang Quraisy dari sumur yang berada di dalam Ka'bah.

Al-Lata;

Tempatnya di Thaif. Menurut Tsaqif (penduduk Thaif), al-Lata ini adalah berhala yang paling tua.

Al ‘Uzza;

Tempatnya di Hejaz. Kedudukannya sesudah Hubal.

Manah;

Tempatnya berdekatan kota Madinah. Manah ini dimuliakan oleh penduduk Yatsrib.

Untuk mendekatkan diri kepada berhala-berhala itu, orang-orang Arab mempersembahkan korban-korban dari binatang ternak. Bahkan pada suatu ketika pernah pula mereka mempersembahkan manusia sebagai korban kepada berhala-berhala itu.

Mereka juga biasa mengadu nasib dan melihat peruntungan kepada berhala-berhala itu. Bilamana seseorang hendak mengerjakan suatu pekerjaan yang bererti, umpamanya hendak berpergian, atau melangsungkan pernikahan, maka pergilah ia ke Ka’bah untuk bertenung dan melihat pendapat dewa-dewa mereka terhadap pekerjaan itu. Yang menjadi juru tenung ialah penjaga-penjaga Baitullah.

Di samping pemujaan kepada berhala-berhala, agama-agama ketuhanan sebenarnya pernah memasuki Jazirah Arab sebelum agama Islam datang. Seperti raja Yaman yang bernama Zu Nuas yang telah memeluk agama Yahudi. Zu Nuas menerima agama Yahudi dari orang-orang Yahudi yang berpindah ke Yaman. Selain itu, di Yatsrib, Khaibar, Wadil Qura dan lain-lain juga terdapat orang-orang yang beragama Yahudi. Mereka mungkin berasal dari Palestin, atau mereka adalah bangsa Arab yang telah memeluk agama Yahudi.

Agama Masehi juga sebenarnya pernah masuk ke Jazirah Arab, sebagaimana yang telah dianuti oleh kaum Masehi Najran yang dimusnahkan oleh Zu Nuas. Di Ghassan ada kaum Masehi, demikian pula di Yaman ketika daerah Yaman di bawah pemerintahan bangsa Habsyi. Agama Masehi datang ke Jazirah Arab melalui Syiria, Mesir dan Habsyi.

Agama Yahudi dan Masehi tidaklah tersebar secara berleluasa di tanah Arab. Hal itu disebabkan adanya diskiriminasi yang terdapat dalam agama Yahudi. Menurut bangsa Yahudi, Yahudi adalah agama dari "suatu bangsa yang pilihan". Sesungguhnya jika seorang Arab telah menganut agama Yahudi, dia tetap tidak akan mendapat hak yang sama dengan seorang Yahudi keturunan Yahuda. Oleh kerana itu bangsa Arab tidak rela untuk memeluk suatu agama yang akan menempatkannya pada suatu darjat yang hina, dibawah darjat para penyeru agama itu sendiri.

Masalah pada agama Masehi pula, agama itu telah dipenuhi oleh kepercayaan-kepercayaan yang kalut, yang sukar difahami oleh bangsa Arab. Ini juga dipenuhi oleh perselisihan yang sengit, yang mengakibatkan persoalan agama itu sendiri menjadi kabur, dan menjadikan orang-orang Arab yang ingin menganut agama itu akhirnya jadi berpaling daripadanya.

Kebudayaan

Karya sastera pada zaman jahiliah menggambarkan keadaan hidup masyarakat dikala itu, dimana mereka sangat fanatik dengan kabilah atau suku mereka, sehingga syair-syair yang muncul penuh dengan kebanggaan terhadap kabilah masing-masing. Begitu juga dengan khutbah yang kebanyakan berfungsi sebagai pembangkit semangat berperang membela kabilahnya. Namun demikian karya-karya sastera pada zaman jahiliah itu, juga tidak luput dari nilai-nilai positif yang dipertahankan oleh Islam seperti hikmah dan semangat berjuang. Hampir seluruh syair-syair dan khutbah pada masa jahiliah diriwayatkan dari mulut ke mulut, kecuali yang termasuk dalam al-Mu’allaqat. Hal ini kerana masyarakat jahiliah tidak biasa dengan budaya tulis menulis.

Pada umumnya syair-syair jahiliah dimulai dengan mengenang puing-puing keruntuhan masa lalu yang telah hancur, berbicara tentang haiwan-haiwan yang mereka miliki dan menggambarkan keadaan alam tempat mereka tinggal. Beberapa kosa kata yang terdapat dalam karya-karya sastera jahiliah sulit difahami kerana sudah jarang dipakai dalam bahasa arab saat ini. Pada zaman jahiliah ini terdapat beberapa jenis Natsr, diantaranya:

1. Khutbah, iaitu serangkaian perkataan yang jelas dan mudah, yang disampaikan kepada khalayak ramai dalam rangka menjelaskan suatu perkara penting.

2. Wasiat, iaitu nasihat seorang yang akan meninggal dunia atau akan berpisah kepada seorang yang dicintainya dalam rangka permohonan untuk mengerjakan sesuatu. Wasiat memiliki banyak persamaan dengan khutbah hanya saja umumnya wasiat lebih ringkas.

3. Hikmah, iaitu kalimat ringkas, menyentuh yang bersumber dari pengalaman hidup yang dalam. Didalamnya terdapat buah fikiran yang mudah difahami dan nasihat yang bermanfaat.

4. Matsal, iaitu kalimat singkat yang diucapkan pada keadaan atau peristiwa tertentu yang digunakan untuk menyerupakan keadaan atau peristiwa tertentu dengan keadaan atau peristiwa asal di mana matsal tersebut diucapkan.

5. Syair.

6. Al-Mu'allaqat, iaitu qasidah panjang nan indah yang diucapkan oleh para penyair jahiliah dalam berbagai kesempatan dan tema. Sebahagian al-Mu’allaqat ini diabadikan dan dilekatkan di dinding-dinding Ka’bah pada masa Jahiliah. Dinamakan dengan al-Mu’allaqat (Kalung) kerana indahnya syair-syair tersebut menyerupai perhiasan yang dikalungkan pada seorang wanita.

Sekian..

Read more...

Berita Harian Online

Utusan Malaysia Online

 

{ Laman Pilihan Hati }

{ Laman Jauharah }

{ Laman Tazkirah }

{ Laman Hidayah Islam }

{ Laman Remaja Islam }

{ Laman Rujukan Hati }

{ Laman Terkini }

{ Laman Tazkiyyah }

{ Laman Pengetahuan }

{ Laman Mahasiswa}