Thursday 17 February 2011

Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

Kelebihan Memiliki Ilmu Berbanding Memiliki Harta
Rasulullah pernah bersabda;
"Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya".
Walaupun catatan mengenai kelebihan ilmu dan harta ini sudah selalu kita dengar dan terbaca dimana-mana artikel. Tetapi tidak mengapa jika kita mengulang membacanya lagi kerana kita selalu lupa dan terleka seketika. Mungkin pembacaan seterusnya mampu memberi kesan yang lebih mendalam kepada hati dan lebih membantu untuk memahami dan menghayati, kemudian menjadikannya sebagai amalan didalam kehidupan kita.
Disini, saya ingin mencatatkan kisah seorang sahabat Rasulullah yang memang terkenal akan kebijaksanaannya, iaitu Saidina Ali r.a. Bukan ingin menceritakan seluruhnya kisah hidup beliau, tetapi hanya ingin memetik satu kisah sebagai peringatan buat diri saya dan para pembaca. Didalam satu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan ilmu beliau. Lalu lelaki pertama bertanya; manakah lebih baik, ilmu atau harta dan apakah sebabnya? Ali dengan tegas menjawab , “Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta”.
Soalan sama yang telah ditanyakan oleh lelaki pertama hinggalah yang kesepuluh kepada Saidina Ali. Namun dengan kebijaksanaan yang ada, beliau telah menjawab kesepuluh soalan tersebut dengan jawapan yang sama iaitu, ilmu lebih baik daripada harta tetapi beliau memberikan sebab yang berbeza.
Berkata Saidina Ali;
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai temannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai musuhnya.
4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.


Dikisahkan bahawa pernah apabila Nabi sulaiman diberi pilihan oleh Allah s.w.t antara ilmu, takhta dan harta. Maka Nabi Sulaiman memilih ilmu. Lalu ia diberikan ilmu oleh Allah s.w.t . Dan dengan ilmu tersebut Baginda dapat memiliki takhta dan harta.
Selain itu, terdapat beberapa kelebihan lain bagi ilmu berbanding harta. Iaitu;

1. Ilmu dalam dada tidak dapat dicuri sedangkan harta dalam simpanan dapat dicuri walaupun dijaga.

2. Ilmu semakin digunakan semakin bertambah, harta semakin digunakan semakin berkurang.

3. Ilmu yang banyak tidak perlu keluarkan zakat, harta yang banyak wajib keluarkan zakat.

4. Ilmu akan memberi manfaat kepada tuannya sampai ke dalam kubur dan akhirat, harta hanya memberi manfaat hanya sampai mati sahaja.

5. Dengan adanya ilmu akan mendatangkan kuasa dan harta, belum tentu harta dan kuasa akan dapat menghasilkan ilmu.

6. Allah memandang tinggi atau memuliakan orang berilmu berbanding orang yang banyak harta.
Sekian untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat dalam menaikkan semangat kita untuk memburu ilmu kerana oleh Allah s.w.t.   Sekian

0 comments:

Post a Comment

Berita Harian Online

Utusan Malaysia Online

 

{ Laman Pilihan Hati }

{ Laman Jauharah }

{ Laman Tazkirah }

{ Laman Hidayah Islam }

{ Laman Remaja Islam }

{ Laman Rujukan Hati }

{ Laman Terkini }

{ Laman Tazkiyyah }

{ Laman Pengetahuan }

{ Laman Mahasiswa}