Sunday 20 February 2011

Tahap Penciptaan Manusia dan Suratan Amalan Terakhirnya

Hadis Ke- 4 (Arba’in An-Nawawiyah)

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya :

"Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. " (HR Bukhari dan Muslim).
Read more...

Rukun Islam dan Faktor Pegangan Lainnya

Hadits ke-3 (Arba’in An-Nawawiyah)

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. " (HR Bukhari dan Muslim)
Read more...

Saturday 19 February 2011

Pemahaman Islam, Iman dan Ihsan

Hadis ke-2 (Arba’in An-Nawawiyah)

Umar bin Khathab ra. Berkata:

“Suatu ketika kami (para sahabat) duduk disamping Rasulullah s.a.w Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki memakai pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan dan tak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk dihadapan Nabi, lalu lututnya di sandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya diatas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata, ‘Hai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam’. Rasulullah s.a.w Menjawab, ‘Islam adalah engkau bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau menunaikan haji ke Baitullah jika engkau telah mampu melakukannya’. Lelaki itu berkata, ‘Engkau benar’. Maka kami hairan; ia yang bertanya ia pula yang membenarkannnya. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Beritahukan kepadaku tentang Iman’. Nabi menjawab, ‘Iman adalah engkau beriman kepada Allah, para malaikatNya, kita-kitabNya, pada Rasul-rasulNya, hari Akhir dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan buruk'. Ia berkata, ‘Engkau benar’.

Dia bertanya lagi, ‘Beritahukan kepadaku tentang Ihsan’. Nabi menjawab, ‘Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, kalaupun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.’

Lelaki itu berkata lagi, ‘Beritahukan kepadaku bilakah terjadinya Kiamat.’ Nabi menjawab, ‘Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.’ Dia pun bertanya lagi, ‘Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!’ Nabi menjawab, ‘(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).’

Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam sehingga Nabi bertanya kepadaku, ‘Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?’ Aku menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Beliau bersabda, ‘Ia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian’.”

Sumber Rujukan Hadis:

Hadis Riwayat Al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab Al-iman, no: 9 dan 10, Al-Tirmizi, kitab Al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab Al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab Al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab Al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346 )

Sekian. Wallahu a'lam

Read more...

Pahala Pekerjaan Ditentukan Dengan Niatnya


Hadis Ke-1 (Arba’in An-Nawawiyah)

Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra. berkata, Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

“Sesunggguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau karena wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju apa yang ia inginkan.”

(Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abdul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, didalam kedua kitab tershahih di antara semua kitab hadis).

Sekian. Wallahu a'lam
Read more...

Thursday 17 February 2011

Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

Kelebihan Memiliki Ilmu Berbanding Memiliki Harta
Rasulullah pernah bersabda;
"Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya".
Walaupun catatan mengenai kelebihan ilmu dan harta ini sudah selalu kita dengar dan terbaca dimana-mana artikel. Tetapi tidak mengapa jika kita mengulang membacanya lagi kerana kita selalu lupa dan terleka seketika. Mungkin pembacaan seterusnya mampu memberi kesan yang lebih mendalam kepada hati dan lebih membantu untuk memahami dan menghayati, kemudian menjadikannya sebagai amalan didalam kehidupan kita.
Disini, saya ingin mencatatkan kisah seorang sahabat Rasulullah yang memang terkenal akan kebijaksanaannya, iaitu Saidina Ali r.a. Bukan ingin menceritakan seluruhnya kisah hidup beliau, tetapi hanya ingin memetik satu kisah sebagai peringatan buat diri saya dan para pembaca. Didalam satu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan ilmu beliau. Lalu lelaki pertama bertanya; manakah lebih baik, ilmu atau harta dan apakah sebabnya? Ali dengan tegas menjawab , “Sudah tentu ilmu lebih baik daripada harta”.
Soalan sama yang telah ditanyakan oleh lelaki pertama hinggalah yang kesepuluh kepada Saidina Ali. Namun dengan kebijaksanaan yang ada, beliau telah menjawab kesepuluh soalan tersebut dengan jawapan yang sama iaitu, ilmu lebih baik daripada harta tetapi beliau memberikan sebab yang berbeza.
Berkata Saidina Ali;
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai temannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai musuhnya.
4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.


Dikisahkan bahawa pernah apabila Nabi sulaiman diberi pilihan oleh Allah s.w.t antara ilmu, takhta dan harta. Maka Nabi Sulaiman memilih ilmu. Lalu ia diberikan ilmu oleh Allah s.w.t . Dan dengan ilmu tersebut Baginda dapat memiliki takhta dan harta.
Selain itu, terdapat beberapa kelebihan lain bagi ilmu berbanding harta. Iaitu;

1. Ilmu dalam dada tidak dapat dicuri sedangkan harta dalam simpanan dapat dicuri walaupun dijaga.

2. Ilmu semakin digunakan semakin bertambah, harta semakin digunakan semakin berkurang.

3. Ilmu yang banyak tidak perlu keluarkan zakat, harta yang banyak wajib keluarkan zakat.

4. Ilmu akan memberi manfaat kepada tuannya sampai ke dalam kubur dan akhirat, harta hanya memberi manfaat hanya sampai mati sahaja.

5. Dengan adanya ilmu akan mendatangkan kuasa dan harta, belum tentu harta dan kuasa akan dapat menghasilkan ilmu.

6. Allah memandang tinggi atau memuliakan orang berilmu berbanding orang yang banyak harta.
Sekian untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat dalam menaikkan semangat kita untuk memburu ilmu kerana oleh Allah s.w.t.   Sekian

Read more...

Wednesday 16 February 2011

10 Nasihat Imam Hassan Al-Banna

1. Bangunlah segera untuk melakukan solat apabila mendengar Azan walau bagaimanapun keadaannya.

2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur'an atau dzikirlah kepada Allah, dan jangan engkau senang mensia-siakan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.

3. Bersungguh-sungguhlah untuk boleh berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.

4. Jangan memperbanyakkan perdebatan dalam berbagai hal pembicaraan, sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.

6. Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus.

7. Jangan mengangkat suara diatas suara yang diperlukan orang yang mendengar, kerana hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kamu temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerja sama)

10. Pekerjaan Rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk daripada waktu yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatkanlah untuk diselesaikan.

Read more...

Berita Harian Online

Utusan Malaysia Online

 

{ Laman Pilihan Hati }

{ Laman Jauharah }

{ Laman Tazkirah }

{ Laman Hidayah Islam }

{ Laman Remaja Islam }

{ Laman Rujukan Hati }

{ Laman Terkini }

{ Laman Tazkiyyah }

{ Laman Pengetahuan }

{ Laman Mahasiswa}